drama intan (dendam)

gambar sebelah ini ada lah intan untuk pengetahuan kamu semua sekarang ini keluarga aku tengah hangat menyaksikan drama intan. Cerita apa lagi cerita sinetron indonesia yang disiarkan di astro ria setiap isnin hingga khamis pukul 11.00 PM. Sekarang tepat aja pukul 11.00 Pm akan kelihatanlah keluarga aku di depan TV di rumah kami, sampai aku nak tengok cerita apa pun dah tak boleh seolah-olah mereka dah daftarkan dalam buku pendaftaran, pukul 11.00pm aja cerita intan mesti bukak, lama-lama aku pun LAYAN ajalah nak buat macam mana. Lama-lama bila aku lihat dan fahami jalan cerita drama intan ini masalahnya adalah dendam yang sentiasa membara dan tak pernah terpadam dalam jiwa manusia. kalau nak cerita memang tak akan habis cerita intan ni yang penting ibu kandung yang meninggal kan intan sekian lama jatuh sakit dan perlukan pembedahan ginjal yang sesuail oleh kerana itu intan tak sampai hati melihat ibunya sakit,kerana ibu intan tinggal kan intan keluarganya semua menghalangnya dari melaku kan pembedahan termasuk ibu mertuanya, tapi intan ini degil dia nak juga menderma kerana kesian walaupun ibunya kandungnya tak mahu ginjal intan
bila fikirkan balik sampai hati keluarga intan menghasutnya dari menderma ginjal, memang ibunya salah meninggalkannya sewaktu kecil tetapi kenapa perlu berdendam kerana dosa yang dilakukan orang, sehinggakan sukar untuk dimaafkan,
Sebagai manusia ingatlah kita tak berhak marah,dendam dan sebagainya atas apa sahaja dosa yang dilakukan oleh manusia walaupun seberat mana, apatah lagi menghukum mereka, kita tak layak, serahkan kepada allah s.w.t kalau tak nak orang lain hukum kita atas dosa yang kita lakukan jangan hukum orang ye, ingat sabar pahalanya tak terkira


0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama