Isnin, 13 Oktober 2008

KEPADANYA SAMA-SAMA KITA POHON PERTOLONGAN

ingat tak lagi aku pernah ceritakan pasal buluhmas di blog ini. ternyata tuhan masih sayangkan aku dan telah memberikan pentunjuk kepadaku ke jalan yang diredoinya. baru semalam aku berharap dan sentiasa berdoa akan diberikan pertunjuk ke arah kebaikkan. dan inilah buktinya dia yang maha kuasa. Walaupun dalam siasatan jika didapati dia bersalah aku tak rugi apa-apa pun. Sebabnya aku belum sempat join


BNM serbu 4 syarikat
Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK dan TAN MING WAI
KUALA LUMPUR 13 Okt. – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.
Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.
Mengikut maklumat daripada laman web, secara umumnya syarikat-syarikat tersebut menetapkan bayaran minimum RM1,000 sebagai deposit untuk pendeposit menyertai bidang perniagaan seperti pengiklanan, pelancongan dan perkhidmatan.
BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd.



Buluhmas yang beribu pejabat di Tanjung Karang, Selangor dalam laman webnya mendakwa ia memiliki 700,000 ahli sebagai pembayar deposit di seluruh negara.
Kaedah perniagaannya menggunakan promoter untuk mengiklankan aktiviti syarikat dengan menampal pelekat yang tertera logo syarikat atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pendeposit.



Sekitar pukul 9.30 malam ini, laman web Buluhmas masih boleh dilayari yang menunjukkan sejak April lalu ia telah menerima hampir 250,000 pengunjung.
Sementara itu, Jazmeen dalam laman webnya mendakwa dengan permulaan modal sebanyak RM1,000, pendeposit mampu mendapat pulangan 120 peratus dalam tempoh 12 bulan pertama dan jumlah itu terus bertambah pada tahun-tahun berikutnya.



BNM dalam kenyataannya menambah, tindakan ke atas keempat-empat syarikat itu diambil setelah Unit Penyiasatan Khas BNM menjalankan siasatan terhadap aktiviti syarikat berkenaan.
“Kesemua penganjur skim pelaburan itu akan ditahan selepas BNM merekodkan kenyataan mereka kerana disyaki mengambil deposit secara haram dan menjalankan aktiviti penggubahan wang haram,” jelas kenyataan itu.


Seorang jurucakap BNM ketika dihubungi memberitahu, jumlah sebenar ahli terlibat dan nilai deposit yang dikumpulkan oleh keempat-empat syarikat itu hanya akan diketahui apabila kes mereka dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh terdekat.
Aktiviti syarikat-syarikat itu disiasat mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang melarang mana-mana individu yang tidak mempunyai lesen daripada menerima dan mengambil deposit.


Katanya, jika sabit kesalahan pegawai dan pemilik syarikat-syarikat terlibat boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjara untuk tempoh 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Syarikat-syarikat itu juga disiasat di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) yang melarang mana-mana individu daripada terlibat atau cuba untuk membabitkan diri atau bersubahat melakukan kegiatan penggubahan wang haram.


Jika disabitkan kesalahan, mereka yang didakwa boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Menurut kenyataan BNM, skim pelaburan yang dianjurkan oleh keempat-empat syarikat yang diserbu hari ini menyatakan kononnya ia berasaskan perdagangan mata wang, pasaran hadapan komoditi, pelaburan luar persisiran dan saham-saham lain.


Dakwaan itu, kata BNM, hanya rekaan semata-mata.
“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan skim yang ditawarkan melalui Internet, panggilan telefon atau seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan oleh BNM,’’ jelas kenyataan itu.
Orang ramai boleh mengetahui senarai syarikat dan institusi berlesen yang menerima deposit dengan melawat laman web BNM di www.bnm.gov.

MASALAH.MASALAH

Macam manalah aku nak jawab dengan kakak aku nanti yang kereta dia kena langgar. bukannya salah aku pemandu tu yang salah bila aku berhenti dekat lampu isyarat dia terus jalan sedangkan semua kereta dah berhenti, nasib baiklah kereta aku jauh dari kereta di hadapan kalau tidak kereta aku sekali langgar kereta org hadapan. dah pula tu terus aja pergi bukannya nak berhenti atau ikut aku dari belakang untuk bincang masalah tu lari terus. aku terus aja berhenti di shell alang-alang isi minyak, hilangkan sikit perasaan gementar lepas kemalangan. nasib baik aku tak apa-apa

Label:

Ahad, 12 Oktober 2008

buluh emas.com

Hari ahad semalam aku ada jumpa kawan, terus terang aku cakapkan dia lelaki, jumpa di jusco bukit raja. tujuan aku jumpa dia sebab nak bawa dia beraya di rumah terbuka kawan baik aku ita,

dalam masa berbual tu adalah dia cerita dia baru buat perniagaan sikit dan ajak aku join, nama syarikat itu buluh emas.com, cara dia berniaga senang aja, bagi duit minimum RM 180 dan pendaftaran sebanyak RM 15 kira-kira semua RM 195 kepada agen, Wang tersebut akan dia gunakan untuk berniaga dengan IKS (industri Kecil Selangor) beli barang jual barang, So dia suruh buka buku bank BSN buku bank BSN tu warnanya hijau. kemudia pada bulan pertama tunggu dalam 43 hari baru mereka dapat untung mereka bagi kita duit sebanyak RM 34 atau RM 47 kemudian baru dia bagi Setiap bulan sepanjang hayat kita.

kalau nak tambah duit boleh tapi lagi besarlah tiap-tiap bulan dapat duit bergantung berapa banyak bagi

Entahlah betul atau tidak. tapi dari kata-kata dia macam betul aja. siap tunjukkan bukti lagi, tapi orang kalau nak tipu macam-macam, tak apalah aku cuba tunggu sampai duit itu setiap bulan sampai enam bulan kalau betul aku dapat aku tambahkannya. kalau tidak rugi RM 195, berserah dan semoga allah s.w.t memberikan hukuman kepada mereka yang suka menipu orang lain.

Label:

Selasa, 7 Oktober 2008

Tamat perkhidmatan kerja

Setelah 3 bulan berkerja akhirnya aku akan tamat perjanjian kerja dengan Agensi Perkerjaan Prestamas. HJH Anis Aishah bos aku berikan aku kerja selama 3 bulan sahaja kalau dia tengok aku kerja ok dia ambillah insyaallah, aku memang tak ada masalah kerja kat sini cuma tak banyak kerja sahaja sepanjang aku kerja kat sini dan gaji kecil RM 600 tak apalah dah rezeki aku banyak tu daripada tak ada kerja kan dan abaikan tanggungjawab. kalau aku tak tulis blog ini bermakna aku dah tak kerjalah tu. pada 23/10/2008 perkhidmatan akan tamat nantilah kalau ada rezeki aku rancang nak beli komputer riba senang sikit buat perniagaan dalam internet insyaallah doa kan ye kejayaan.

Label:

RAYA LAGI

Malam tadi lepas aja tengok cerita intan aku terima mesej dari ita dia ajak pergi rumah dia ada open house oklah aku balas (Boleh aja) pagi ini dia bagi mesej lepas hari ahad pukul 1.00 ptg datang rumah dia oklah aku datang tapi jgn kau ajak aku jalan malam-malam lagi dah

NAK BERAYA SANGAT

Hari raya pertama aku tak dapat nak beraya hanya duduk di rumah sahaja, memang bosan tapi bila dah beraya sampai pukul 12.30Am baru balik rumah. gara-gara kakak aku lah ni. kakak aku ajak beraya di sejangkang rumah kak erin adik angkat dia, pergi rumah kak erin berbual dan makan-makan tak sedar pukul 1.30am yaallah jarang aku pergi beraya sampai lewat malam pecah rekod betullah, kalaulah tidur lewat tu tak kisah itu perkara biasa tapi keluar jalan balik malam-malam memang jarang, first time dan kali terakhir aku keluar balik malam dengan kakak aku dengan kawan-kawan sekolah dia makan malam di restoran hakim shah alam, oklah itu aku tak kisah sangat bukan aku yang pandu kereta abang ipar dan kakak aku, tapi hari isnin 6/6/2008 aku drive kereta kakak aku ke johan setia dan bukit kuda dengan ita dan asno kawan sekolah ita.

Baru dapat lesin P beberapa bulan yang lalu dah aku bawa kereta jauh macam tu, kalau siang tak kisah ini malam (silau) hanya tuhan sahaja yang tahu, dua orang penumpang kat dalam kereta tu mengucap terus kat dalam kereta tapi akhirnya berjaya juga sampai kerumah tapi kereta kakak aku calar huhuhuhu nak buat macam mna aku buat pandailah kakak aku tak perasan pun tanda calar.

aku memang tak rancang akan jalan jauh ingatkan ita nak pergi dekat aja berjalan-jalan raya rumah kawan dia, tak sangka jauh, pada mulanya nak tolak aja permohonan ita jalan jauh tapi tak sampai hati bila dorang pakai pakaian cantik nak beraya, tak apalah aku berdoa semua selamat masa perjalanan. mak jangan cakaplah sampai marah-marah suruh aku balik dah lewat tapi ita berjaya tenangkan mak aku, yang jadi jaga tunggu aku balik akak aku mak aku tak larat nak tunggu aku balik:( taubat x nak buat macam ni lagi nasib baik tak jadi apa-apa phon aku memang tak ada lane kalau jadi apa-apa memang x tau nak cakap apa

Isnin, 6 Oktober 2008

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL

HADIS MUTHAHHARAHDaripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu 'anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S. A. W yang mana dia telah menyatakan tujuannya : Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat. Maka baginda S. A. W telah berkata kepadanya Tanyalah apa yang engkau kehendaki : Dia berkata :

Aku mahu menjadi orang yang alim Baginda S. A. W menjawab :
Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim Dia berkata :

Aku mahu menjadi orang paling kaya Baginda S. A. W menjawab :
Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya Dia berkata :

Aku mahu menjadi orang yang adil Baginda S. A. W menjawab:
Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia Dia berkata :

Aku mahu menjadi orang yang paling baik Baginda S. A. W menjawab:
Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia Dia berkata :

Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah Baginda S. A. W menjawab :
Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah Dia berkata :

Aku mahu disempurnakan imanku Baginda S. A. W menjawab :
Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna Dia berkata :

Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik ) Baginda S. A. W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsinin Dia berkata :

Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat Baginda S. A. W menjawab :
Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat Dia berkata :

Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa Baginda S. A. W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa Dia berkata :

Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya Baginda S. A. W menjawab : Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya Dia berkata :

Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat Baginda S. A. W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat Dia berkata :

Aku mahu dihapuskan segala dosaku Baginda S. A. W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan ) segala dosamu Dia berkata :

Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia Baginda S. A. W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusiaDia berkata :

Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia Baginda S. A. W menjawab : Sentiasa menyerah diri(tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusiaDia berkata :

Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah Baginda S. A. W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu Dia berkata :

Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya Baginda S. A. W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Mereka Dia berkata :

Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat Baginda S. A. W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya Dia berkata :

Aku mahu diterima segala permohonanku Baginda S. A. W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya Dia berkata :

Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat Baginda S. A. W menjawab :
Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamatDia berkata :

Siapa yang terselamat daripada dosa? Baginda S. A. W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan Dia berkata :

Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah? Baginda S. A. W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala ) Dia berkata :

Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah? Baginda S. A. W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan Dia berkata :

Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat ? Baginda S. A. W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi ( tidak diketahui ) dan menghubungkan kasih sayang Dia berkata:

Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat? Baginda S. A. W menjawab : sabar di dunia dengan bala dan musibah

Telah berkata Imam Mustaghfirin: aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanafaat selain hadis ini....

Label: