Rabu, 17 September 2008

GARANG KE MENDIDIK


baru-baru ini masa hari nurul Al-Quran aku menerima keputusan peperiksaan anak buah aku irfan, emmm cuma tuhan sahaja yang tahu dia lulus matapelajaran lain tetapi metemetik dia gagal, apa boleh buat sekarang kan metemetik dan sains dalam bahasa english so mungkin itu penyebabkan anak buah kesayanggan ku itu gagal, ditambah lagi aku hanya fokus mengajar dia bahasa malaysia, sebab itu dia gagal mungkinlah, tapi aku tak putus asa ajar dia aku usaha dengan ajar dia buat pembetulan kesalahan metemetik yang hanya dapat 24 markah sahaja, tapi kan terus-terang kata kan anak buah aku tu sebut dalam bahasa english 15,16,17,18 pun belum pandai lagi sedang kan dia dah darjah satu, adik dia khuzairi pun lancar baca, cuma allah S.w.t sahaja yang mengetahui betapa seksanya aku mengajar dia, mungkin kesabaran aku pada bulan puasa ini ketika mendidik anak-anak yatim tercabar sedikit,sehingga aku ambil kertas ujian dia aku campak sebab dia main-main ketika aku ajar. aku hentikan pembelajaran sebelum aku bertindak dengan lebih teruk lagi. Syukurlah tak cedera pun anak buah aku tu. tetapi kan baru aku teringat macam manalah guru dan ibubapa aku mendidik aku dahulu entah-entah aku lebih teruk dari anak buah aku tu dulu. mcm mna pun mak su sayang kamu. betullah kata orang jaga anak yatim tak sama jaga anak yang ada ayah dan ibu bapa mereka. ini ada lah 2 org anak buah ku irfan yg besr tu pakai baju oren dan adiknya yang potong kek

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama